Thursday, 15 November 2012

Dayus tu apa?

Menurut kamus dewan online (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=dayus), dayus adalah "hina dan keji (sifat atau perbuatan): hanya laki-laki ~ sahaja yg membenarkan isterinya mencari wang dgn jalan tidak halal, tidak bersifat kelelakian". Definisi ini cukup jelas bukan?

Apabila agama diketepikan, inilah yang terjadi

Terpanggil untuk menulis tentang ini kerana sifat dayus ini macam dah lali dalam masyarakat kita tanpa kita sedari. Marah dengan kenyataan begitu? Terpulang kepada pembaca. Kenapa saya katakan sifat ini sebati dalam masyarakat kita? Cuba lihat televisyen dan tata pergaulan masyarakat kini. Semakin hari semakin membimbangkan.

Media masa memainkan peranan dalam membentuk pemikiran masyarakat. Rancangan yang dihidangkan kepada sidang penonton kini banyak yang merosakkan pemikiran dan akhlak. Contohnya, artis-artis kini, tidak kisah pasangan masing-masing melakonkan babak romantik dengan alasan "atas nama seni". Ini adalah satu contoh sifat dayus dengan membiarkan isteri dijamah, dipeluk dan dicium oleh lelaki lain yang tiada hak ke atas isterinya itu.



Keadaan ini sangatlah tidak elok kerana sidang penonton mungkin dari lapisan kanak-kanak ataupun remaja yang masih keliru dalam mencari identiti. Ini boleh menjurus ke arah perlakuan yang tidak sepatutnya mereka lakukan di tahap umur mereka. Inilah yang terjadi apabila agama dan urusan dunia dipisahkan.

Suami @ ayah adalah ketua keluarga yang bertanggungjawab dalam mendidik dan memberi didikan agama kepada ahli keluarga dan memastikan ianya dipraktikkan. Suami @ ayah akan dipersoal akan tanggungjawabnya di akhirat kelak dalam soal mendidik keluarga. Jadi elakkan diri dari tergolong dalam golongan yang empat ini:

Jauhkanlah kami dari tergolong dalam golongan ini
Point to ponder: Betul ke media masa mempengaruhi pemikiran masyarakat kini? Apa yang tak betul nya? Memang betul pun. Tengok saja facebook, filem2 popular akan jadi fenomena dan kebanggaan. Sikit-sikit N*r K**ih, sikit-sikit O**ak R**du, sikit-sikit St**za Ci**a. Pelakon-pelakon filem dan drama itu umpama idola untuk mereka. Jadi, inilah pengaruh besar media masa yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak masyarakat kini.

#It is juz my 2 cents#

Wednesday, 14 November 2012

Cantik dan anggunnya awak

Entri ini adalah sambungan dari entri "Wow! Seksi nya..duh!" kerana apa yang ditakutkan sudah dijumpai di laman muka buku @ Facebook. Ketika melayari fb pagi ini, tiba-tiba keluar News Feed meminta sokongan untuk report satu page yang bernama "Modal Me**n**p Lelaki.". Jadi saya masuk tengok apa yang ada dalam group tu untuk memastikan kesahihannya. Setelah itu, ini yang saya temui:

Lihatlah hasil daripada perbuatan anda

Komen2 yang tak senonoh

Telah saya katakan sebelum ini, lelaki ini bila diprovoke oleh kecantikan kamu (perempuan) dia akan jadi macam kucing yang mahukan ikan goreng tu la. Tujuan apa kamu share gambar-gambar kamu di fb? Untuk menjadi sanjungan dan pujaan orang ramai? Nah, sanjungan dan pujaan semacam inilah yang kamu(perempuan) akan dapat. Tutuplah aurat mu dengan sempurna. Sayangi diri kamu.

Pengakuan dari pengalaman

Saya tulis banyak-banyak pun tak guna sebab apa yang penting kat sini, tutuplah aurat dengan sempurna. Tutup aurat tidak bererti bungkus aurat. Cuba lihat buah-buahan yang dibungkus kat pokok, nampak bentuk buah tu kan? Tutup aurat kat sini bererti tidak terlihat aurat itu, tidak terlihat bentuk badan, tangan dan kaki. Bertudung labuhnya sehingga menutupi dada dengan sempurna. Tak mahu pakai tudung bulat tak apa, tudung macam mana pun tak apa janji menutupi dada kamu.

Point to ponder: Kamu sayang diri kamu? Sayang ahli keluarga kamu? Sayang pak we @ tunang kamu? Tak mahu perkara-perkara buruk terjadi ke atas kamu? Ikutlah perintah Allah, tutuplah aurat dengan sempurna dan bertawakkal kepada Nya. Insya Allah selamat.

#It is juz my 2 cents#



Salam Ma'al Hijrah 1434

Sepertimana kita sedia maklum, hari khamis ni (15 November 2012) telah masuk tahun baru Hijrah. Sudah 1434 tahun usia Hijrah Nabi Muhammad S.A.W dari kota Mekah ke kota Madinah bersama-sama penganut Islam yang lain. Ketika itu perjalanan jauh itu hanya bertunggangkan unta, kuda dan keldai sahaja. Subhanallah. Bertujuan untuk menyelamatkan agama Islam, terpaksa berhijrah sejauh 424 kilometer yang mengambil masa berbulan-bulan untuk sampai ke destinasi. Namun Baginda gagahi jua demi agama Islam.

Laluan ketika Nabi S.A.W berhijrah
Begitu tinggi semangat perjuangan orang terdahulu dalam memperjuangkan Islam. Kita sekarang ni nak pergi masjid 100 meter dari rumah pun payah. Padahal motor ada, kereta ada. Sedangkan adanya hadith menyatakan "Sesiapa yang bersuci di rumahnya (berwudhu’), kemudian ia pergi ke salah sebuah rumah dari rumah-rumah Allah, untuk mengerjakan sembahyang fardhu, nescaya setiap langkahnya itu: yang satu menggugurkan dosanya, dan yang satu lagi menaikkan darjatnya setingkat lagi” (Hadith sahih – riwayat Muslim)". So, buktikan kita sayangkan Islam dengan memakmurkan masjid dahulu selepas itu barulah ke peringkat seterusnya.

Masjid adalah pusat tarbiah dan kemasyarakatan

Point to ponder: Hijrah bererti beralih dari suatu keadaan kepada suatu keadaan yang lebih baik. Maka ingatlah sepotong hadith ni untuk renungan dan santapan rohani kita: "Sesungguhnya amal-amal perbuatan itu bergantung pada niat-niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan sesuai apa yang diniatkannya. Barang siapa berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa berhijrah kepada dunia yang dikejarnya atau wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya kepada apa yang diniatkannya."

Ke mana arah tuju Hijrah kita? Betulkan niat dan ikhlaskan hati untuk Hijrah kepada Allah dan Rasul-Nya. Insya Allah memperolehi segala-galanya.

#It is juz my 2 cents#

Tuesday, 13 November 2012

Wow! Seksi nya..duh!

Mari kita baca lawak ni dulu:

isteri : abang, kenapa letak ikan goreng tu atas meja macam tu je tanpa penutup?
suami : kenapa, tak boleh ke?
isteri : gila ape. keliling rumah kita ni kan banyak kucing.
suami : dah tu?
isteri : tak takut diterkamnya ke?
suami : habis tu kau pakai seksi dedah-dedah ni kau tak takut? gila apa?
isteri : apsal pulak? apa kena-mengenanya?
suami : di keliling kita ni kan banyak lelaki yang kita tak tau sama ada bai
k atau jahat. kau tak takut diterkam ke? pakai begini macam sengaja mintak diterkam je?
isteri : errr... (ye tak ye jugak)




Daripada lawak di atas, ada sesuatu yang boleh kita ambil pengajaran. Kucing kalau di'provoke' dengan aroma ikan goreng, sudah tentu ia menjadi agresif dan akan cuba mendapatkan ikan tersebut dengan apa cara sekalipun. Mungkin si tuan akan terkena cakaran dan gigitan darinya dalam usaha mendapatkan ikan goreng tersebut.

Tengoklah, bila dah hilang pertimbangan

Begitu juga manusia, tak kiralah lelaki mahupun perempuan. Jika di'hidang'kan dengan pemakaian yang seksi, sudah tentu mata akan melihat. Lumrah manusia yang mempunyai nafsu akan melihat juga walaupun sekali. Janganlah tidak mengakuinya kerana ianya lumrah. Jadi, macam mana hendak ditadbirkan lumrah ini?

Jawapannya tentu sekali dengan menutup aurat dengan sempurna. Pada masa kini, yang banyak mendedahkan aurat adalah perempuan. Ini kerana mereka memakai pakaian tetapi 'bertelanjang'. Kenapa pulak berpakaian tapi telanjang? Pelik bukan? Maksudnya, pakaian yang dipakai itu ketat sehingga mengikut bentuk tubuh si perempuan dan nipisnya seakan-akan kulit bawang sahaja.

Apabila berlakunya keadaan sebegini, nafsu orang yang melihat sudah diacah-acah oleh perempuan tersebut oleh kerana pemakaiannya. Apa tujuan si perempuan memakai pakaian sedemikian rupa? Hendak tunjukkan bahawa dia ini cantik? Tapi bila dilihat oleh para lelaki tahu pula marah, dituduhnya lelaki "mata keranjang", "gila seks" dan "gangguan seksual". Alangkah peliknya fenomena ini.

6 lawan 1, yang satukah anda?

Jika anda perempuan berpakaian seksi, mahu menyalahkan lelaki begitu dan begini, si lelaki ada satu sahaja ungkapan untuk dikatakan "HENTIKAN GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP KAMI.". Jangan hanya salahkan lelaki apabila terjadinya jenayah rogol. Lihat dahulu apa yang si perempuan lakukan terhadap si lelaki yang seperti lawak di atas. Umpama kucing diacah-acah dengan ikan goreng.

Ulangan untuk peringatan.. :-)


Betullah kucing tiada akal, perbuatannya hanya "straightforward" tak boleh bezakan baik buruk, berbeza dengan manusia yang ada akal. Sebenarnya, yang ada akal inilah yang lebih berbahaya kerana sebelum mendapatkan "ikan" tersebut, bermacam-macam rancangan sudah dirancang. Rujuk lawak di atas lagi, "di sekeliling kita ni kan banyak lelaki yang kita tak tau sama ada baik atau jahat. tak takut diterkam ke? pakai begini macam sengaja mintak diterkam je?". Fikir-fikirkanlah.

Point to ponder: "Benda" yang cantik dan amat menarik perhatian, mungkinkah kita untuk tidak melihatnya? Macam mustahil je. Kalau kita tahu ada benda yang menarik dan indah ada di suatu tempat, sudah tentu kita MAHU pergi melihatnya kan? KeMAHUan tu tetap adakan? Easy logic.

#It is just my 2 cents#

Monday, 12 November 2012

Mencari Sahabat Sejati: Batman dan Robin

Manusia adalah makhluk sosial. Manusia tidak boleh hidup bersendirian kerana manusia ada banyak kekurangan dan kelemahan. Maka, kekurangan itu perlu dilengkapi oleh manusia-manusia yang lain. Dalam proses untuk saling melengkapi, persahabatan pun terjalin.

Baju Batman ada 3 versi tapi Robin tak jeles pon

Dalam bersahabat, kadang-kadang perlu ada pengorbanan. Ketika bersahabat anda perlu melakukan sedikit pengorbanan dan begitu juga ketika anda memerlukan pertolongan itulah anda boleh menentukan sejauh mana seseorang itu menilai persahabatan. Jadi, jika mahu menilai sahabat-sahabat anda, nilailah ketika anda berada di dalam kesusahan.

Persahabatan juga memerlukan kasih sayang. Kasih sayang di sini bermaksud apabila sahabat memerlukan bantuan dalam melakukan kebaikan, berikan sokongan dan bantuan tersebut. Apabila sahabat melakukan perkara yang tidak elok, tegurlah perbuatan itu kerana dia mungkin tidak sedar akan kesalahan dia. Jika sahabat itu merancang sesuatu yang tidak berapa elok, berikan pendapat anda agar dia berubah fikiran dan tidak lagi meneruskan rancangan tersebut.

Keakraban memainkan peranan

Tanda keakraban tidak semestinya kalau nak ke mana-mana selalu bersama, kalau nak buat apa-apa perlu bersama-sama, kalau sahabat buat benda salah kena pertahankan. Tidak, tidak perlu begitu. Keakraban ini wujud dari dalam hati. Sejauhmana kita mengingati sahabat-sahabat tak kira yang jauh mahupun dekat. Susahnya hendak mencari sahabat begini. Sebab itu sekarang ini kita selalu jumpa dua orang yang kononnya sahabat baik lagi akrab, tetapi bila salah seorang tiada, maka terbukalah mulut mengeji dan mengutuk. Inikah akrab?

Dalam bersahabat juga perlu ada batas-batas pergaulan. Jika bersahabat antara lelaki dan perempuan perlu menjaga diri masing-masing agar tidak berlaku persentuhan sama ada disengajakan ataupun tidak. Walau akrab mana sekalipun dengan sahabat, janganlah sampai hilang jati diri yang dipupuk oleh ibubapa saban hari sejak dari kecil dan tiba-tiba hilang begitu sahaja disebabkan sahabat. Sahabat yang baik tidak akan merosakkan nilai yang baik dalam diri kita.

Point to ponder: Kalaulah sahabat sedang berada di dalam kesusahan dan memerlukan bantuan kita dan pada masa yang sama keluarga kita memerlukan kehadiran kita untuk menghadapi kesusahan tersebut.
Jika berlakunya keadaan sedemikian, apakah yang kita akan lakukan?

Bagi saya, saya akan utamakan keluarga kerana sahabat yang baik akan memahami keadaan tersebut dan tidak mahu sahabatnya berasa tersepit untuk memilih di antara dua. Dan perlu ingat bahawa, kita bukannya satu-satunya sahabat yang dia ada. Sebab itulah wujudnya pepatah "berkawan biar beribu, musuh jangan ada walaupun satu."

#It is juz my 2 cents#

Pesta Cahaya Diwali

Esok, 13 November 2012, penganut agama Hindu akan merayakan Pesta Cahaya. Kita berada dalam negara yang masyarakatnya berbilang kaum dan berbilang agama cukup beruntung kerana berpeluang untuk mengetahui ciri-ciri perayaan di Malaysia.

Kerajaan menganjurkan masyarakat untuk meraikan perayaan kaum-kaum lain dengan tujuan memupuk perpaduan. Itu satu langkah yang bagus di pihak kerajaan. Tetapi, di sisi setiap individu, terutamanya Muslim, harus mengambil tahu sama ada perayaan tersebut berkaitan dengan kepercayaan agama kaum tersebut atau tidak. Jika ianya berkaitan dengan kepercayaan agama, elakkan dari menyambutnya tetapi boleh meraikannya.

Tidakkah pernyataan sebelum ini bertentangan? Tidak sama sekali. Ini kerana menyambut bermaksud menyertai upacara perayaan tersebut manakala meraikan ialah sekadar ucapan untuk perayaan tersebut.

Umat Islam harus berhati-hati dalam memberi ucapan kepada perayaan kaum lain kerana bimbang terlanggar batas-batas agama. Ini kerana, saya petik kata-kata Ustaz Azhar Idrus; penceramah bebas masa kini, berkata: "Nabi larang ucap 'salam' pada orang kafir tapi ucap 'Happy' boleh. Kita zikir malas, ucap raya orang kafir suka sangat!". Jadi, dalam konteks ini, kita dibolehkan ucap "Happy Deepavali" kepada rakan-rakan yang menyambutnya. Dan berhati-hati, jangan sampai terguna perkataan 'salam'. Bukan ape, 'salam' ni perkataan Arab yang bermaksud 'sejahtera'. Elakkan dari menggunakan perkataan 'salam' ketika mengucapkan perayaan untuk agama lain.

Point to ponder: Apa kurangnya kalau ucapkan "Happy Deepavali". Happy maksudnya gembira, so, diorang patut happy la bila kita raikan diorang merayakan perayaan diorang. Jangan kita pulak yang melebih-lebih, perayaan orang lain kita pulak duk sibuk2 nak jalankan.

#It is juz my 2 cents#

Sunday, 11 November 2012

Bawa telefon bimbit ke sekolah: Prasarana @ Bencana?

Telefon bimbit menjadi satu keperluan kepada masyarakat kini. Ini kerana arus kemodenan sudah mencapai tahap yang tinggi dan ia bertukar daripada kemudahan kepada keperluan. Sehinggakan kanak-kanak seawal 7 tahun sudah mempunyai telefon bimbit sendiri. Maka, kemungkinan kanak-kanak tersebut membawa telefon ke sekolah amatlah tinggi.

Isu membawa telefon bimbit ke sekolah mula timbul pada 2009 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2009 bertarikh 25 Mac 2009 telah dikeluarkan iaitu berkaitan dengan Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Mengguna Telefon Bimbit Oleh Murid di Sekolah. Larangan ini hanya berkuatkuasa di dalam kawasan sekolah sahaja.

Ber'sms' ketika sesi pembelajaran

Apa yang hendak saya perkatakan di sini ialah telefon bimbit sudah menjadi satu keperluan untuk pelajar sekolah pada masa kini. Kenapa saya katakan sebegitu?

Dalam faktor keselamatan, sesetengah ibubapa tidak boleh meninggalkan tempat kerja walaupun waktu rehat, jadi ibubapa meminta ahli keluarga yang lain atau rakan-rakan pergi menjemput pelajar tersebut. Jika ini sering berlaku, dan jika pelajar tersebut tidak mengenali orang yang menjemputnya, sebelum keluar dari kawasan sekolah, pelajar boleh berhubung dengan ibubapanya terlebih dahulu untuk bertanya siapakah yang akan menjemputnya.

Kalau mahu beratur dulu untuk guna telefon awam, memang ambil masa jugak la kan? Jadi, di sinilah peranan telefon bimbit.

Okay, mungkin pembaca akan mempersoalkan "tidakkan membawa telefon bimbit ke sekolah akan mengganggu proses pembelajaran pelajar?". Di sinilah peranan guru sebagai pengurus kelas perlu bijak dan kreatif. Guru boleh wujudkan satu kotak yang mengandungi 35-40 slot untuk para pelajar meletakkan telefon bimbit mereka semasa kedatangan diambil. Nah, mudah bukan? Ini tidak lagi mengganggu pelajar dalam sesi pembelajaran mereka, bukan?

Seterusnya, mungkin ada juga dikalangan pembaca mengutarakan "sekarang ni kes rakam video bertumbuk, lucah dan buli di sekolah makin berleluasa. Pelajar sekolah tidak patut membawa telefon bimbit ke sekolah.". Nah, pernyataan itu sendiri telah memberikan jawapan.

Rakaman bertumbuk di sekolah
Jawapan yang saya maksudkan ialah, fungsi telefon bimbit itu sendiri. Apakah fungsi asal telefon bimbit? Adakah untuk merakam video? Memainkan muzik? Semua tu bukan fungsi asal telefon. Fungsi asal telefon adalah untuk panggilan dan SMS sahaja. Fungsi lain itu hanya tambah nilai kepada telefon tersebut dan jika tiada pun, fungsi telefon bimbit tetap kekal sebagai alat berhubung.

Point to ponder: Buat apa beri telefon canggih-canggih untuk dibawa ke sekolah? Nanti ada kes kecurian jadi lagi masalah. Fokuskan pada fungsi asal telefon bimbit. Jadi, telefon bimbit untuk pelajar bawa ke sekolah cukup sekadar Nokia 3310, Samsung Keystone atau yang seangkatan dengannya saja (yang tak ada kamera, mp3 player dan sekadar boleh call dan sms sahaja).

#it is juz my 2 cents#