Saturday, 10 November 2012

Hari bermalasan

Sejuk2 ni, tidur pun best jugak

Hari bermalasan? Ada jugak yer hari bermalasan? Maksud kat sini ialah CUTI. Ini tak kira la cuti hujung minggu ke, cuti awam ke, cuti sekolah ke, asalkan cuti.

Ramai diantara kita memilih untuk rehat saja di rumah ketika cuti. Sebab nya dah 5@6 hari bekerja, sehari dua ni lepak la kat rumah. Dan ada jugak yang ambil keputusan untuk tidur sepanjang hari, cuma bangun untuk solat (bagi yang Muslim), makan, ke tandas. Ini kononnya nak balas dendam tak cukup tidur la sebab kalau hari bekerja kena turun awal pagi untuk elak sampai lewat ke tempat kerja @ pengajian.

Kalaulah cuti tersebut pada hujung minggu, bila tiba hari terakhir cuti iaitu ahad @ sabtu, menjadi satu fenomena di Facebook, "aaaaaarghhh, esok da keje @ sekolah.", "alamak, esok kena mengadap bos @ lecturer la pulak.". Dan pada hari pertama bekerja @ sekolah, istilah "monday blues", akan terpampang kat Facebook.

point to ponder: kenapa situasi ini berlaku? It is open question dan anda boleh gunakan ia untuk menilai diri masing-masing.

#it is juz my 2 cents#

No comments:

Post a Comment