Sepertimana kita sedia maklum, hari khamis ni (15 November 2012) telah masuk tahun baru Hijrah. Sudah 1434 tahun usia Hijrah Nabi Muhammad S.A.W dari kota Mekah ke kota Madinah bersama-sama penganut Islam yang lain. Ketika itu perjalanan jauh itu hanya bertunggangkan unta, kuda dan keldai sahaja. Subhanallah. Bertujuan untuk menyelamatkan agama Islam, terpaksa berhijrah sejauh 424 kilometer yang mengambil masa berbulan-bulan untuk sampai ke destinasi. Namun Baginda gagahi jua demi agama Islam.
 |
Laluan ketika Nabi S.A.W berhijrah |
Begitu tinggi semangat perjuangan orang terdahulu dalam memperjuangkan Islam. Kita sekarang ni nak pergi masjid 100 meter dari rumah pun payah. Padahal motor ada, kereta ada. Sedangkan adanya hadith menyatakan "Sesiapa yang bersuci di rumahnya (berwudhu’), kemudian ia pergi ke salah sebuah rumah dari rumah-rumah Allah, untuk mengerjakan sembahyang fardhu, nescaya setiap langkahnya itu: yang satu menggugurkan dosanya, dan yang satu lagi menaikkan darjatnya setingkat lagi” (Hadith sahih – riwayat Muslim)". So, buktikan kita sayangkan Islam dengan memakmurkan masjid dahulu selepas itu barulah ke peringkat seterusnya.
.jpg) |
Masjid adalah pusat tarbiah dan kemasyarakatan |
Point to ponder: Hijrah bererti beralih dari suatu keadaan kepada suatu keadaan yang lebih baik. Maka ingatlah sepotong hadith ni untuk renungan dan santapan rohani kita: "Sesungguhnya amal-amal perbuatan itu bergantung pada niat-niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan sesuai apa yang diniatkannya. Barang siapa berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa berhijrah kepada dunia yang dikejarnya atau wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya kepada apa yang diniatkannya."
Ke mana arah tuju Hijrah kita? Betulkan niat dan ikhlaskan hati untuk Hijrah kepada Allah dan Rasul-Nya. Insya Allah memperolehi segala-galanya.
#It is juz my 2 cents#
No comments:
Post a Comment