Monday, 12 November 2012

Mencari Sahabat Sejati: Batman dan Robin

Manusia adalah makhluk sosial. Manusia tidak boleh hidup bersendirian kerana manusia ada banyak kekurangan dan kelemahan. Maka, kekurangan itu perlu dilengkapi oleh manusia-manusia yang lain. Dalam proses untuk saling melengkapi, persahabatan pun terjalin.

Baju Batman ada 3 versi tapi Robin tak jeles pon

Dalam bersahabat, kadang-kadang perlu ada pengorbanan. Ketika bersahabat anda perlu melakukan sedikit pengorbanan dan begitu juga ketika anda memerlukan pertolongan itulah anda boleh menentukan sejauh mana seseorang itu menilai persahabatan. Jadi, jika mahu menilai sahabat-sahabat anda, nilailah ketika anda berada di dalam kesusahan.

Persahabatan juga memerlukan kasih sayang. Kasih sayang di sini bermaksud apabila sahabat memerlukan bantuan dalam melakukan kebaikan, berikan sokongan dan bantuan tersebut. Apabila sahabat melakukan perkara yang tidak elok, tegurlah perbuatan itu kerana dia mungkin tidak sedar akan kesalahan dia. Jika sahabat itu merancang sesuatu yang tidak berapa elok, berikan pendapat anda agar dia berubah fikiran dan tidak lagi meneruskan rancangan tersebut.

Keakraban memainkan peranan

Tanda keakraban tidak semestinya kalau nak ke mana-mana selalu bersama, kalau nak buat apa-apa perlu bersama-sama, kalau sahabat buat benda salah kena pertahankan. Tidak, tidak perlu begitu. Keakraban ini wujud dari dalam hati. Sejauhmana kita mengingati sahabat-sahabat tak kira yang jauh mahupun dekat. Susahnya hendak mencari sahabat begini. Sebab itu sekarang ini kita selalu jumpa dua orang yang kononnya sahabat baik lagi akrab, tetapi bila salah seorang tiada, maka terbukalah mulut mengeji dan mengutuk. Inikah akrab?

Dalam bersahabat juga perlu ada batas-batas pergaulan. Jika bersahabat antara lelaki dan perempuan perlu menjaga diri masing-masing agar tidak berlaku persentuhan sama ada disengajakan ataupun tidak. Walau akrab mana sekalipun dengan sahabat, janganlah sampai hilang jati diri yang dipupuk oleh ibubapa saban hari sejak dari kecil dan tiba-tiba hilang begitu sahaja disebabkan sahabat. Sahabat yang baik tidak akan merosakkan nilai yang baik dalam diri kita.

Point to ponder: Kalaulah sahabat sedang berada di dalam kesusahan dan memerlukan bantuan kita dan pada masa yang sama keluarga kita memerlukan kehadiran kita untuk menghadapi kesusahan tersebut.
Jika berlakunya keadaan sedemikian, apakah yang kita akan lakukan?

Bagi saya, saya akan utamakan keluarga kerana sahabat yang baik akan memahami keadaan tersebut dan tidak mahu sahabatnya berasa tersepit untuk memilih di antara dua. Dan perlu ingat bahawa, kita bukannya satu-satunya sahabat yang dia ada. Sebab itulah wujudnya pepatah "berkawan biar beribu, musuh jangan ada walaupun satu."

#It is juz my 2 cents#

No comments:

Post a Comment