Sunday, 11 November 2012

Tengok wayang..Jom!

Tengok wayang memang seronok kalau pergi ke Golden Screen Cinema. Sekarang ni movie yang tengah hot adalah Skyfall. Ada masa nanti kena pergi layan nih. Hehe.

Aku tak suka tengok wayang kat Tanjung Golden VIllage. Nak tau kenapa? Sebab seating arrangement dia sangat fail dan kerusi dia sangat tak selesa. Aku pernah pergi TGV KLCC satu kali je dan selepas tu aku dah tak pergi disebabkan dua perkara di atas.

The point is, bukan pasal tu yang nak aku timbulkan. Tapi nak ajak korang semua tengok jadual showtime. Ni aku ambil yang GSC kat Pavilion untuk filem Skyfall: 


Yang bergaris merah tu, ada apa-apa relation tak dengan korang? Haaa, yang bergaris merah tu merujuk kepada waktu-waktu yang tak berapa sesuai dan tak sesuai untuk tengok wayang (untuk Muslim).

Kalau masuk pukul 3.30, iklan sebelum tayangan tu ambil masa 10-15 minit sebab tunggu penonton masuk dan bersedia. Pukul 3.45 tayangan bermula, dan jangan lupa filem orang puteh ni minimum 2 jam. So, Skyfall ni 143 minit bermaksud 2 jam 23 minit. Jom kira, 4.45 (sejam), 5.45 (sejam), 6.05 (20 minit). Alhamdulillah, sempat lagi solat Asar.

Kalau masuk pukul 6.30, solat Asar memang sempatlah. Tapi waktu Maghrib sempat ke? Kan tayangan tu ambil masa 2 jam 23 minit. Pukul 6.45 tayangan bermula, 7.45 (sejam), 8.45 (sejam, Maghrib dah luput), 9.05 (20 minit). So, macam mana?

Inilah salah satu punca masyarakat Islam kat Malaysia tunai solat tak cukup 5 waktu. So, bila dah tak cukup 5 waktu, adakah ini dikira mendirikan solat?

Point to ponder: Ibarat sebuah rumah yang sepatutnya ada 5 tiang untuk berdiri. 4 tiang penjuru dan 1 tiang seri. Kalau kehilangan 1 tiang dari 5 tiang tersebut, kukuh tak rumah tu? Boleh berdiri tak rumah tu?

#Juz my 2 cents#

No comments:

Post a Comment